
Seperti yang kita tahu, kebanyakan negara di seluruh dunia kini sedang giat menjalankan program vaksinasi COVID-19 untuk meningkatkan imuniti kelompok terhadap virus ini. United Kingdom juga tidak terkecuali.
Malah, penduduk London yang mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 pada Khamis ini berpeluang memenangi tiket menonton perlawanan akhir Euro 2020 secara eksklusif di Trafalgar Square, London, 11 Julai ini.

Menurut laporan Mirror UK, berita baik ini diumumkan sendiri oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan. Sebanyak 50 pasang tiket perlawanan akhir bola sepak Euro 2020 tersedia bagi mereka yang bertuah.
Khan berkata, hal ini dilakukan kerana dia sedar akan kepentingan menarik golongan muda mendapatkan vaksinasi agar masyarakat lebih yakin dan juga terpicu untuk divaksin.

Perlawanan akhir Euro 2020 dijangka berlangsung di Stadium Wembley, England Ahad ini. Ia merupakan perlawanan akhir peringkat antarabangsa pertama yang dijalankan di stadium tersebut dalam jangka masa 25 tahun.
Sumber: Mirror UK