Hanya Pamer Slip Keputusan, Lepasan SPM Boleh “Claim” Promosi Di Kedai Ini
Bersempena dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini, beberapa restoran makanan terkemuka menawarkan menu makanan dengan harga yang berpatutan.
Ia bagi meraikan kejayaan lepasan SPM yang telah berjuang dan bersengkang mata mengulangkaji pelajaran di larut malam semata-mata untuk menduduki ujian itu.
Berikut senarai kedai yang menawarkan promosi dan cara penebusan terhadap lepasan SPM;
Nandos Malaysia
Gambar: NandosmyTebus ¼ ayam percuma.
Cara Tebus
1.Hanya salinan fizikal asal slip keputusan SPM 2024 yang diterima
2. satu penebusan ¼ ayam percuma sahaja bagi setiap slip
3. Promosi sah untuk dine-in sahaja
4. Sah di semua cawangan Nando’s seluruh negara
5. Promosi pada 24 April sehingga stok habis
TGI Fridays
Gambar: TGI FridaysSet A+ Hearty Meal Chicken Fingers Rangup dan Coca-Cola Bottomless (free refill) serendah RM17
Cara Tebus
Tunjuk slip keputusan SPM 2024
Promosi sah dari 24 April hingga 30 April 2025
Untuk dine-in sahaja di semua cawangan TGI Fridays seluruh Malaysia.
Coffee Bean
Gambar: Coffee BeanPromosi Kopi (12oz) RM10
Cara Tebus
1.Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 dan kad pengenalan
2. Promosi ini sah di semua cawangan bermula 24 April hingga 30 April 2025.
Yole
Gambar: YeloPercuma 1 Yolé cup (saiz M) dengan topping tanpa had untuk pelajar straight A!
Cara Tebus
1. Promosi sah pada 24 April 2025 sahaja
2. Tunjukkan keputusan/cert SPM 2024 dan kad pengenalan
3. Satu penebusan hanya untuk setiap pelajar
4. Sah di semua cawangan Yolé Malaysia
5. Tidak termasuk dengan promosi lain
Nasken Coffee
Gambar: Nasken CoffeePercuma 1 cawan kopi Naskeen kecuali Frappe kepada pelajar Straight A SPM.
Cara Tebus
1. Promosi terhad pada 24 April 2025 sahaja, cara claim adalah dengan menunjukkan Slip keputusan SPM kepada Cashier
2. Promosi sah untuk semua jenis coffee kecuali Frappe untuk yang dapat Straight A dan yang tak dapat Straight boleh claim iced Latte atau Spanis Latte dengan harga RM 5 sahaja.
3. Promosi ini sah di semua cawangan Nasken Coffee kecuali cawangan Nasken Coffee Airport dan Nasken Coffee Plus
4. Promosi hanya untuk Walk-in dan sah untuk Dine-in dan Take-away sahaja
5. Setiap penebusan hanya SAH untuk SEKALI tebus sahaja
6. Penebusan hanya SAH untuk satu MINUMAN sahaja
7. Hanya SAH untuk penebusan di salah satu cawangan Nasken Coffee
8. Sebarang promosi lain dan diskaun tidak layak untuk tebus promosi ini
9. Hanya satu resit dan satu nombor telefon sahaja yang layak untuk claim promosi
Pizza Hut
Gambar: Pizza HutPercuma Mushroom Soup (takeaway) dan air (dine-in).
Cara Tebus
1. Tunjukkan slip keputusan SPM
2. Boleh pilih mushroom soup atau air percuma
3. Pelanggan yang datang jam 3 hingga 5 petang dapat full set meal (Hut’s Sliders)
4. Sah 24 dan 25 April di semua cawangan Pizza Hut di seluruh negara kecuali Genting Highlands & XPress.
US Pizza
Gambar: US Pizza
Personal Aloha Pizza serendah RM2
Cara Tebus
1. Bawa slip keputusan SPM 2024 (fizikal)
2. Promosi sah 24 April 2025 dari jam 3 hingga 5 petang
3. Penebusan hanya sah untuk setiap 1 resit di restoran (dine-in) di cawangan terpilih.
Boat Noodle
Gambar: Boat NoodlePercuma Iced Blue Butterfly dan semangkuk Pathumthani Chicken
Cara Tebus;
1. Tunjukkan slip keputusan SPM 2024
2. Promosi sah di restoran sahaja bermula 24 hngga 26 April 2025 (10 hingga 6 petang).
3. Sah di semua cawangan Boat Noodle seluruh negara
Tealive
Gambar: TealivePromosi beli 2 minuman Tealive hanya RM16.
Cara Tebus
1. Tunjukkan slip keputusan SPM dan post Tealive ini.
2. Promosi hanya untuk minuman berharga Rm11 dan ke bawah (saiz regular).
3. Sah bermula 24 hingga 26 April.
Kenny Rogers ROASTERS
Gambar: Kenny Rogers ROASTERSDiskaun 50 peratus Kenny’s Quarter Meal
Cara Tebus
1.Hanya slip keputusan SPM 2024 yang asli (fizikal) diterima
2. Setiap slip hanya layak untuk satu (1) penebusan diskaun.
3. Sah untuk makan di restoran sahaja pada 24 April
4. Tersedia di semua cawangan KRR di Malaysia kecuali KRR Kemaman
5. Terhad kepada 50 penebusan setiap cawangan, sementara stok masih ada
Sumber: Nandos, TGI Fridays, Coffee Bean, Yole, Nasken Coffee, US Pizza, Boat Noodle, Tealive, Kenny Rogers ROASTERS