Sekarang semua tahu, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sedang hangat berlangsung. Setakat hari ini, Jepun dan China mengungguli carta pungutan pingat dengan berjaya mengumpul 10 pingat emas. Kontinjen Malaysia setakat ini masih belum meraih sebarang pingat.
Pelbagai perkara menarik yang berlaku di temasya yang berlangsung ketika pandemik ini. Antaranya, Filipina berjaya memenangi pingat emas pertama hanya berlatih di garaj Melaka, Remaja 13 tahun jadi atlet termuda menang emas Olimpik dan macam-macam lagi.
Tapi kali ini, SK nak kongsikan mungkin satu berita sedikit sedih yang berlaku baru-baru ini di Olimpik Tokyo. Seorang jurukamera yang membuat liputan di salah satu gelanggang acara termenung melihat kamera ‘mahal’nya patah akibat seorang atlet terlanggar ketika sedang beraksi.




Mungkin tak ramai yang faham perasaan ini, tapi semua jurukamera profesional mahupun amatur sudah pasti akan merasa pedih dan sedih bila melihat keadaan kamera yang menyebabkan lensanya patah.
Kemungkinan harga lensa dan kamera itu boleh mencecah lebih RM10,000 hingga 20,000. Semua tahu, peralatan jurugambar untuk membuat liputan di temasya besar seperti ini pasti memerlukan peralatan yang berkualiti dan mahal harganya.
Sumber: Sean Lin