“Hanya Disebabkan ‘Hai’ Di IG, Kami Naik Atas Pelamin..” – Pengantin

Sha Rossa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Setiap pasangan itu dipertemukan dengan cara berbeza dan ada di antaranya yang tidak terduga. Seperti pasangan ini yang tidak menyangka hanya dengan sapaan ‘hai’ di Instagram (IG), mereka kini disatukan sebagai suami isteri.

Menerusi perkongsian ringkas oleh pengantin lelaki yang dikenali sebagai Fiq Naz di Facebook, dia memuat naik tangkapan skrin ketika sesi perkenalan mereka berdua bersama luahan rasa syukur di atas jodoh yang telah ditentukan Allah.

Perkongsian tersebut yang menarik perhatian ramai, menjadi tular di media sosial dengan mendapat ribuan ‘shares’ dan ratusan komen oleh warganet.

”Hanya disebabkan ‘Hai’ di IG, kami naik atas pelamin juga. Jangan malu jangan segan. Percintaan laman sosial. Doa hingga ke jannah. Jodoh rahisa Allah. Alhamdulillah.”

Isterinya yang dikenali sebagai Asmidar Tisha, turut dilihat meninggalkan komen menyatakan rasa syukur kerana disebabkan keberanian suaminya itulah mereka sah bergelar suami isteri.

Rata-rata warganet juga berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing di mana ada di antaranya yang telah berbuat sedemikian tetapi hampa apabila tidak mendapat balasan yang dinginkan.

Aku hai hari ni, sampai alam sebalik mata pun dia takkan baca

Dia ikut ‘luck’, kalau balas kira beruntung

Aku bagi hai siap balas kau nak apa?

Sumber: FB Fiq Naz