Sempena Todak League Musim ke-2 ni, ada satu peraduan istimewa untuk korang joing walaupun korang bukan kaki game.
Peraduan cipta tagline Todak League
Peraduan ni takde kena mengena pun dengan main game. Peraduan yang dimaksudkan tu adalah peraduan mencipta tagline atau dalam Bahasa Melayunya ‘slogan’. Kalau Tagline korang tu menang, automatik ianya akan diguna pakai ketika Todak League musim yang ke-3 nanti!
Cara dia senang je. Budak kecik pun boleh buat. Korang cuma perlu cipta tagline yang menarik yang boleh menggambarkan semangat atau beri makna dan ‘soul’ kepada Todak League.
Tagline tu boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris atau kedua-duanya sekali. Tagline korang tu mestilah terdiri daripada 2 hingga 4 patah perkataan je, jangan lebih pula. Tapi ingat, korang jangan guna perkataan yang tak elok pulak. Sebab kalau korang gunakan juga, penyertaan korang tu secara automatik akan ditolak terus.
Nak masuk peraduan ni mudah sangat. Pergi ke laman https://todakleague.com/contest-tagline/ dan masukkan satu tagline korang.
Contoh tagline ialah macam ‘Where the Legend Begins’ atau ‘Bukan Sembang Kencang’ ataupun ‘Tak Mungkin Koyak’. Korang cubalah fikir-fikirkan tagline yang paling padu dan join peraduan ni.
Part ni paling best! Korang mesti nak tahu apa yang korang bakal menang kan? Hadiah yang Todak nak bagi kat korang adalah satu set komputer gaming lengkap dengan set audio & webcam power dan juga disertakan dengan kerusi gaming berkualiti tinggi dan meja gaming padu dari Todak! Set komputer ni memang dah boleh sangat nak main game dahsyat-dahsyat, buat live streaming professional dan memang boleh sangatlah setakat nak guna untuk buat design AutoCAD ke Adobe Photoshop ke. Apatah lagi untuk anak-anak nak PDPR tu.

Best gila kan? Sangatlah senang nak join peraduan ni. Cuma kena cipta 2 hingga 4 patah perkataan yang menarik je, dah boleh dapat full set komputer gaming. Sumpah best gila! Korang nak tahu berapa nilai full set komputer gaming yang Todak nak bagi ni? Harga keseluruhannya bernilai lebih RM 9,000!
Happy gila lah kalau korang yang menang hadiah ni. Mesti mak bapak korang setuju korang kahwin awal.
Set komputer tu hadiah untuk pemenang utama sahaja. Yang tak menang jangan sedih. Todak ada bagi 50 hadiah saguhati untuk 50 penyertaan yang dirasakan terbaik. Jadi jangan risau. Kebarangkalian untuk dapat hadiah nampaknya tinggi dan mudah. Best juga ni. Siapa je yang nak bagi barang-barang Todak secara free ni, untunglah siapa yang dapat nanti.
Oh, terlupa pula! Pertandingan cipta tagline ni terdiri dari 2 kategori. Kategori yang pertama adalah untuk remaja berumur 12 hingga 17 tahun manakala kategori yang kedua pula adalah untuk umur dewasa 18 hingga 34 tahun. Hadiah untuk kedua-dua kategori ni sama seperti yang diceritakan tadi. Bermakna ada 2 hadiah utama bernilai RM18,000 untuk dimenangi!
Menarik kan? So, cepat-cepatlah perah otak korang untuk cipta tagline yang korang rasa paling terbaik untuk menang tu sebabnya tarikh penyertaan untuk pertandingan ni bermula dari 28 September ni sampai 28 Oktober 2021. Syarat-syarat peraduan boleh tengok di web pendaftaran. So tunggu apa lagi?!
Kejohanan Todak League

Ok nak cerita sedikit tentang Todak League. Todak League adalah pertandingan eSports yang terbuka kepada team-team amateur dan baru di Malaysia. Team pemain pro tak dibenarkan masuk sebab Todak League ni memang platform bertujuan untuk melahirkan pemain-pemain handalan baru dan segar. Setakat ni ada 2 game yang dipertandingkan iaitu game PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Kemungkinan besar akan tambah lagi game-game lain untuk dipertandingkan di musim hadapan.
Todak League Musim ke-2 ni dijadualkan berlangsung daripada 4 Oktober 2021 sampai 17 Disember 2021 ni dan dianjurkan oleh syarikat gergasi e-sukan nombor 1 tempatan, iaitu Todak Culture Sdn Bhd (jenama: Todak) yang berpusat di Cyberjaya. Setakat ni, Siakap Keli difahamkan lebih 4000 team telah mendaftar!
Untuk korang yang baru tahu tentang Todak League dan kebetulan ada team yang hebat, masih boleh daftarkan team korang cepat sebelum penyertaan ditutup secara rasmi pada 1 Oktober ni. Sebab apa korang kena join Todak League ni? Sebabnya ini lah platform untuk korang test kehandalan team korang. Hadiah yang ditawarkan bernilai RM33,000 woi! Banyak tu!
Untuk game PUBG, ada tiga kategori yang akan dipertandingkan. Satu ialah kategori bawah 18 tahun, satu lagi untuk peserta wanita je dan satu lagi terbuka kepada semua pemain dekat seluruh Malaysia.
Kategori umur bawah 18 tahun ni akan berlangsung pada 4 sampai 23 Oktober, untuk kategori wanita pula 25 hingga 28 Oktober dan terbuka pula akan bermula dari 1 November sampai 17 Disember ni. Namun sebarang perubahan jadual akan diumumkan kepada semua peserta terlebih dahulu.
Untuk Mobile Legend pula, hanya ada satu kategori sahaja yang dipertandingkan iaitu kategori terbuka.
Apa tunggu lagi! Nah, kalau korang nak join atau nak dapatkan maklumat lanjut korang boleh layari laman sesawang ni https://todakleague.com. Tapi jangan terlepas pulak sebab pendaftaran dah pun bermula pada 20 September ni sampai 1 Oktober 2021 je. Daftar cepat-cepat guys!