Gambar: Aliff Ahmad

Hanya Bayar RM30 Untuk Rawatan & Ubat, Klinik Swasta Ini Beri Subsidi Untuk Semua Pesakit

Nur Adnin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sebut saja klinik swasta, perkara pertama yang terbayang dalam kepala mesti harganya kan? Umumnya caj yang dikenakan di hospital dan klinik swasta agak jauh lagi mahal berbanding kerajaan.

Tapi percaya atau tidak, di Ipoh ada satu klinik swasta yang mengenakan bayaran serendah RM30 saja. Difahamkan, konsep tanggungan bayarannya adalah berupa subsidi. Pendek kata, kita cuma bayar RM30, selebihnya subsidi.

Demikianlah perkongsian saudara Aliff Ahmad mengenai klinik tersebut yang dikongsikan di laman Facebooknya baru-baru ini. Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti tulisannya di bawah ini.

Klinik RM30 di Ipoh!

Gambar: Aliff Ahmad

Selepas beberapa minggu Klinik Waqfeya memulakan operasi. Kawan-kawan aku dari dalam dan luar negara terus mesej,

“Taknak buat klinik RM30 ke? Kita subsidise lah!”

Lama aku fikir. Sebab pertama, klinik itu masih baru, pekerja pun masih baru, masih tiada doktor resident. Doktor locum je run. Tapi lepas aku fikir balik. Layan jela. Since ada orang nak subsidize. Orang nak buat amal kan?

So, buat orang Ipoh yang sedang sakit, demam, rasa tak sihat. Tapi rasa tak mampu nak dapatkan rawatan kesihatan swasta yang biasanya RM50-70, boleh ke Klinik Waqfeya sebab anda hanya perlu bayar RM30 sahaja. Selebihnya akan disubsidize oleh kawan-kawan saya.

Ia bermula esok sampai bajet habis. Cuma aku minta korang tolong kasitau kawan-kawan dan supportlah klinik ni. Tapi, aku awal-awal minta maaf atas kekurangan kalau ada since baru run. Kalau boleh selfie lah sikit. Dekat Jalan Damai, Taman Idris tu je.

So, esok! orang Ipoh yang tak sihat, terus ke Klinik Waqfeya, bayar RM30 sahaja. Siap ubat dan consultation. Yang sihat pun, buat pemeriksaan di sana, percuma. Kalau kaunter suruh bayar lebih, tunjuk posting ni.

Beruntunglah orang Ipoh esok..

Sumber: Aliff Ahmad