Jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini mencatatkan hanya sebanyak 51 kes, lebih rendah berbanding kes yang telah pulih dan discaj dengan 99 kes.
Menerusi muat naik terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya empat negeri sahaja yang mencatatkan pertambahan kes hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak.
Menurut pecahan kes tersebut, kes baharu tertinggi bagi hari ini adalah di Kuala Lumpur dengan pertambahan sebanyak 39 kes. Selangor dan Pahang pula masing-masing mencatatkan hanya satu pertambahan kes baharu Covid-19.
Bagi luar Semenanjung pula, hanya Sarawak yang mencatatkan pertambahan kes iaitu sebanyak 10 kes.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia