Hanya 3 Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Nurul Najiha

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) melalui laman twitter rasmi mereka telah berkongsikan maklumat mengenai pecahan kes baharu Covid-19 hari ini.

Dalam maklumat yang dikongsikan oleh KKM, hanya terdapat pertambahan 10 kes pada hari ini dan tiada kes import yang dilaporkan. Sepuluh kes yang tercatat adalah melalui 5 kes daripada bukan warganegara Malaysia dan 5 lagi adalah daripada Warganegara Malaysia.

Bilangan kes positif tersebut hanya melibatkan tiga negeri di Malaysia.

Antara tiga negeri yang telah mencatatkan kes positif hari ini ialah Selangor (2 kes), Pahang (1 kes) dan Kuala Lumpur (7 kes).

Bagi kes baharu Covid-19 yang melibatkan warganegara adalah sebanyak 2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Pahang dan 2 kes di Selangor. Bagi kes yang melibatkan bukan warganegara adalah di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 5 kes.

Sumber: KKM