Setakat hari ini jam 12 tengahari (23 Jun 2020), Malaysia hanya mencatatkan tiga kes baharu positif Covid-19 di mana melibatkan dua kes bukan warganegara dan satu kes warganegara.
Manakala seramai 9 orang pula dilaporkan telah sembuh dan pulih sepenuhnya dari wabak selain kes kematian kekal berada pada angka 121 kes.
Namun, apa yang menarik nafas lega adalah laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa tiada lagi pesakit Covid-19 di negara ini yang memerlukan bantuan pernafasan walaupun terdapat tiga kes yang mendapatkan rawatan di ICU.
Ianya sekaligus memberi gambaran baik kepada pemulihan wabak Covid-19 di negara kita selaras dengan pelbagai kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini.
Sumber: KKM Putrajaya