Gambar: Suara.com

Hancur Hati, Wanita Tangkap Suaminya Jalin Hubungan Sulit Bersama Adik Kandungnya Sendiri

Aireena Marizan

Hidup berpasangan merupakan fitrah semula jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya seperti siang malam, pasang surut dan sebagainya. Begitu juga dengan manusia, menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk bersama-sama mengharungi segala suka dan duka kehidupan.

Tetapi, berbeza pula halnya dengan wanita ini apabila dia mendapati bahawa suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya. Lebih sakit dan hancur hati apabila wanita yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya itu merupakan adik kandungnya sendiri.

Kejadian ini telah dikongsikan menerusi satu akaun TikTok dan terus memasuki kandungan For Your Page atau FYP. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sebanyak 81.6k tontonan dan 3, 425 tanda suka.

Dalam video itu, wanita tersebut telah berkongsi gambar perkahwinannya dengan suaminya. Dia memakai kebaya putih dan tudung, manakala suaminya memakai baju beskap dan seluar putih.

Sumber: TikTok

Dalam foto itu juga terdapat dua wanita dan dua kanak-kanak kecil. Salah seorang wanita dewasa itu rupa-rupanya adalah adik perempuan wanita itu, yang dikatakan telah merampas suaminya.

Wanita ini kemudian berkongsi video apabila dia menangkap suaminya duduk di rumah sewa adiknya. Kedudukan suaminya sedang memeluk adiknya. Mereka berdua sedang duduk bersebelahan di satu sudut.

Pemandangan itu sungguh mengejutkan dan mendebarkan wanita tersebut. Dia segera pulang ke rumahnya dengan hati yang hancur dan tangan yang berdarah.

Tibanya di rumah, wanita ini berbaring di atas katil dan menangis. Dia juga menghantar video dia menangis kepada adiknya sebagai tanda kekecewaan yang mendalam.

Tidak terhenti di situ, wanita itu juga terkejut dengan status media sosial adiknya. Sang adik memuat naik gambar suaminya dan mengesahkan hubungan mereka.

Wanita itu sendiri telah menghantar mesej kepada suaminya berhubung hubungannya dengan adiknya. Walaupun sempat mengelak, akhirnya si suami mengaku bercinta dengan adik iparnya sendiri.

Dalam mesej itu, suaminya malah mengugutnya agar kejadian itu tidak tular. Dia juga menghalang isterinya mengadu kepada ibu mertuanya.

Rumah tangga wanita ini akhirnya kandas selepas melihat gelagat suami dan adik kandungnya semakin teruk. Kedua-duanya sudah berani menunjukkan rasa sayang di media sosial tanpa memikirkan perasaan masing-masing.

Kejadian ini telah menarik perhatian ramai warganet di media sosial. Rata-rata mereka menyatakan sokongan dan rasa simpati terhadap wanita yang menjadi mangsa kehancuran rumah tangga tersebut.

Sumber: Suara.com