
Hampir Tiga Jam Berdiri, PM Hanya Teguk Air Sekali Ketika Bentang Belanjawan 2025
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat.
Perbentangan ini disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan seperti TV1, BERNAMA dan laman YouTube Parlimen.
Dalam pada itu, beliau turut mempamerkan stamina luar biasa apabila hanya meneguk air sekali ketika membentangkan Belanjawan 2025.
Menurut Sinar Harian, Ahli Parlimen Tambun yang kini berusia 77 tahun itu mengambil masa sekitar dua jam setengah jam membentangkan belanjawan setebal 138 halaman.
Datuk Seri Anwar turut membentangkan belanjawan dengan lancar sehingga selesai. Dalam masa sama, beliau dilihat hanya duduk sebentar untuk minum air sepanjang berada di Dewan Rakyat.
PM hanya teguk air sekali semasa bentang Belanjawan hampir tiga jam
Beliau yang merupakan Menteri Kewangan membentangkan belanjawan itu di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan serta laman YouTube Parlimen.
Menurut Sinar Harian, perbentangan Belanjawan 2025 merupakan belanjawan ketiga yang dibentangkan di bawah Kerajaan Madani pimpinan Anwar.
Ia juga merupakan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Difahamkan, Kerajaan telah memperuntukkan RM421 bilion bagi Belanjawan 2025, yang mana peruntukkan tertinggi pernah dibentangkan merangkumo RM355 bilion untuk belanja menguruskan RM86 bilion bagi pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
Menurut takwim di laman rasmi Parlimen, rang undang-undang perbekalan berkenaan akan dibahas oleh Ahli Parlimen di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin ini.
Kemudian akan diikuti sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 6 November sebelum diteruskan dengan perbahasan di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 13 November.
Dalam pada itu, Perdana Menteri dilapor tiba di lobi Dewan Rakyat pada jam 4 petang sambil diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut dilihat meneruskan tradisi menggunakan hasil kreatif kraf tangan tempatan untuk membawa dokumen penting Belanjawan 2025.
Anwar yang memakai sepersalinan baju Melayu berwarna kelabu lengkap bersamping membawa bag dari hasil kerja seni tenunan songket oleh Adiguru Rasiah Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan.
Beg berkenaan direka oleh Chew Kai Hung dari Pulau Pinang dimana turut menerapkan kombinasi sari pada bahagian lapisan dalamnya.
BACA: Penyasaran Subsidi RON95 Akan Dilaksanakan Pertengahan 2025
Sumber: Sinar Harian