Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran terkini ribut petir dan hujan lebat yang akan melanda beberapa kawasan melibatkan negeri-negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Data terkini yang dikeluarkan MET Malaysia adalah pada 4:50 petang tadi dan ramalan cuaca hujan serta ribut petir tersebut adalah sehingga pukul 7 malam nanti.
Antara negeri yang dijangka akan dilanda ribut petir malam ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu (Besut dan Setiu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh).
Di kawasan tengah dan selatan pula adalah Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).
Disamping itu, di Sarawak kawasan yang dijangka terjejas adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, (Simunjan), Sri Aman, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
Manakala, di Sabah pula kawasan mungkin terjejas adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan yang terakhir adalah WP Labuan.
Sumber: MET Malaysia