Kehilangan orang tersayang sememangnya sangat perit untuk dilalui terutama selepas bertahun-tahun menunggu tanpa khabar berita. Walaupun memakan tempoh masa yang agak lama, kebanyakan dari mereka tetap tidak berputus asa untuk mencari ahli keluarga yang hilang.
Seperti Nur Zafirah Radzai yang telah berkongsi mengenai datuknya yang telah hilang selama hampir 10 tahun. Menerusi perkongsian di Twitter dan Facebook, Zafirah memohon bantuan orang ramai untuk mengesan datuknya itu.
Difahamkan, kehilangan datuknya itu juga pernah dilaporkan oleh akhbar tempatan, namun sehingga kini dia masih lagi belum ditemui. Datuknya dipercayai hilang semasa ingin mengambil wang pencen di Maybank Kangar, Perlis pada tahun 2012.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui ceritanya lebih lanjut.
MISTERI WARGA TUA INGIN AMBIL PENCEN HILANG SUDAH HAMPIR 10 TAHUN
Ni tokwan aku. Hilang dah hampir 10 tahun. Keratan akhbar ni 2012. Sampai sekarang tak dijumpai, hidup atau mati hanya Allah sahaja yang tahu.
Sebelum isytihar mati sebab dah lebih 7 tahun hilang, nak ikhtiar.
Kronologi hilang. Tokwan nak ambil wang pencen di Maybank Kangar Perlis pada tahun 2012. Tapi takde IC pegawai bank suruh pergi JPN Kangar buat IC.
Otw pergi JPN hilang. Mak aku pergi JPN tanya ada tak nama TAMAM dtg buat ic baru, pegawai JPN cakap takde.
So hilang along the way. Tokwan aku duduk kat Kuala Perlis. Waktu 2012 tu Tokwan aku sihat walafiat takde nyanyok pun umur around 60++ masatu. Naik kereta kancil. Kereta pun gone.
So harini Kakak aku pergi jumpa ustaz, ustaz kata masih ada cuma dah nyanyuk. Taktau ustaz tu tipu ke apa tapi kalau masih hidup harap sangat dapat jumpa dan jika dah takde bagi kami petunjuk
Jika ada ternampak atau tahu kat mana Tokwan aku ni boleh la roger. Sedih weh hilang takjumpa. Misteri sangat.
Tolong share genk
Sumber: Nur Zafirah Radzai