Sebelum ini tular gambar sebuah rumah kayu daif yang berlantaikan tanah di bahagian dapurnya. Biarpun mempunyai ruang yang terhad hinggakan tandas juga hanya berdindingkan kanvas, pemilik rumah itu mendapat pujian orang ramai atas kebersihan dan kekemasan kediaman berkenaan.
Susulan kehidupan mereka yang daif, sukarelawan, Natipah Abu telah mengumpul dana untuk menambah baik rumah berkenaan.
Hasil sumbangan orang ramai, kini rumah baru yang lebih selesa buat keluarga itu telah menjadi kenyataan.
Mari ikuti transformasi rumah berkenaan seperti dikongsikan kak Pah ini.

Namun siapa sangka rezeki yang Allah susun untuk pemilik rumah ini, kita didatangi seorang Hamba Allah yang benar-benar berhajat untuk melawat sendiri rumah tersebut.
Ketika lawatan ke rumah itu, kita pun menerangkan kepada Hamba Allah tersebut tentang matlamat kita untuk menyiapkan dapur itu seadanya.
Melangkah masuk ke ruang tamu rumah itu , kaki kami memijak lantai yang lembut. Lantai itu kelihatan sempurna di pandangan .. seolah-olah lantai semen beralaskan tikar getah tetapi anehnya bila dipijak, ia lembut dan tapak kaki kami seakan tenggelam.
“Ini lantai apa?”

Kami terdiam seketika. Begitu sekali pasangan muda ini mencari ilham untuk memberi kelesaaan kepada anak-anak mereka yang empat orang itu biarpun dalam keadaan tidak mampu.
“Saya akan tanggung semua kos untuk ruang tamu ni. Saya nak dipasang tiles.”
Hamba Allah itu tiba-tiba bersuara sambil memandang ke arah tukang rumah yang ada bersama. Jelas sekali arahannya.
“Biar betul!”
“Ya betul. Cik Pah buat bahagian dapur. Yang lain saya buat semua. Saya tanggung.”
Bagai bulan jatuh ke riba, khabar gembira itu diterima dengan penuh rasa syukur oleh pemilik rumah.
Sungguh indah percaturan Allah. Kami bertiga langsung tidak pernah mengenali antara satu sama lain samada dia, kita atau pemilik rumah.
Langsung tak pernah berjumpa pun sebelum ini namun kerana rezeki mereka, kami bergandingan untuk menyiapkan rumah tersebut.

Itu kata-kata yang kita terima ketika kerja pembinaan rumah ini bermula. Natijahnya … kita tetap dengan akad kita, menyiapkan dapur.
Yang lain, datangnya dari Hamba Allah itu yang memang hajatnya untuk keluarga tersebut. Apa hak kita utk menghalang dan mempersoalkan tentang rezeki yang telah Allah kirim buat mereka.
Apabila kita sampaikan kata-kata sinis yang dilontarkan itu Hamba Allah itu, jawapannya,
“Saya suka orang yang pembersih. Kalau kita bagi pada orang macam ni, dia akan hargai dan jaga pemberian kita dengan elok. Semoga dengan rezeki rumah baru ni, akan meningkatkan ketaqwaan mereka kepada Allah. Inilah amal jariah saya untuk kedua arwah ayah bonda saya.”

Tenang Hamba Allah yang sudah melewati 50-an usianya itu menuturkan bicara. Dia yang juga seorang ahli perniagaan, berasal dari daerah yang sama dengan lokasi rumah ini, Baling.
Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada Isnin, 17 Ogos itu telah berakhir dan rumah ini siap sepenuhnya pada Sabtu, 10 Oktober .
Kepada semua penyumbang slot Sedekah Jumaat FB Natipah Abu, semoga kita terus istiqamah demi sama-sama mencari rahmah dan barakah hidup, menumpang doa dari insan-insan yang memerlukan di luar sana.
Terima kasih kepada semua penyumbang.
Sebelum

Selepas

Sebelum


Selepas


Sebelum (di sebalik kanvas)

Selepas

Sebelum


Selepas

