Hakim netanyahu maut kemalangan
Gambar: AFP

Hakim Kendali Kes Rasuah Netanyahu Maut Terlibat Kemalangan

Iqbal Yasir

Hakim Kendali Kes Rasuah Netanyahu Maut Terlibat Kemalangan

Seorang hakim kanan Israel yang terlibat dalam pengendalian perbicaraan kes rasuah melibatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu ketika menunggang motosikal, lapor Daily Mail UK.

Benny Sagi, yang memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah daerah Beersheba disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikalnya dirempuh sebuah kenderaan di Lebuhraya 6, berhampiran Kfar Menachem, timur Ashdod.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah akibat kejadian.

Menurut dapatan awal polis mendapati, sebuah kenderaan yang dipandu dari luar jalan raya secara tiba-tiba memasuki lebuh raya dan bertembung dengan motosikal Sagi.

Gambar: Daily Mail UK

Pihak polis kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Untuk makluman, Sagi dilantik sebagai pemangku Presiden Mahkamah Daerah Beersheba pada Jun 2024 sebelum disahkan ke jawatan tetap pada April 2025.

Beliau dianggap sebagai tokoh penting dalam sistem kehakiman Israel dan dihormati secara meluas atas kepakaran undang-undang serta kepimpinannya.

Berita pemergian mangsa mencetuskan reaksi pelbagai pihak termasuk Presiden Israel, Isaac Herzog.

Beliau menyifatkan Sagi sebagai seorang hakim berkaliber tinggi, berintegriti dan disegani, manakala Ketua Hakim Mahkamah Agung Israel, Isaac Amit, berkata seluruh badan kehakiman terkejut dan berdukacita dengan kehilangan itu.

Dalam satu kenyataan, Badan Kehakiman berkata pihaknya amat bersedih dengan keadaan kematian Sagi, menggambarkannya sebagai pemimpin berbakat yang disenangi oleh peguam, kakitangan mahkamah serta para pihak yang terlibat dalam kes.

Untuk rekod, Sagi terlibat dalam urusan kehakiman berkaitan perbicaraan kes rasuah, penipuan dan pecah amanah yang sedang dihadapi Netanyahu, sebuah kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian antarabangsa.

Sumber: Daily Mail UK

BACA: Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar

BACA: Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini