Haiwan Kesayangan Seperti Kucing, Anjing Bukan Penyebar COVID-19 Kepada Manusia- Jab. Veterinar

Nur Adnin

HAIWAN kesayangan yang dibela seperti anjing dan kucing tidak boleh menjadi agen penyebar virus Corona kepada manusia.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan COVID-19 kepada haiwan kesayangan mereka.

“Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti virus COVID-19, namun ia tidak berbahaya kerana virus ini hanya menyebabkan jangkitan yang ringan kepada haiwan tersebut.

“Virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Selain itu, DVS menambah, walaupun jangkitan COVID-19 kepada manusia agak tinggi namun kes melibatkan haiwan kesayangan adalah terpencil kerana ia tidak boleh dijangkiti secara semulajadi.

“Sehingga kini, punca jangkitan adalah daripada manusia.

“DVS menasihatkan pemilik haiwan kesayangan yang mengesyaki dirinya dijangkiti COVID-19 perlu mengasingkan diri daripada haiwan kesayangan bagi mengelakkan sebarang kontak berlaku.

“Pemilik haiwan kesayangan perlu mengamalkan kebersihan diri dan memastikan keperluan kebajikan haiwan tidak diabaikan,” tambahnya lagi.

DVS dalam kenyataannya memetik satu penjelasan daripada Persatuan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) pada April 2020 yang menjelaskan;

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia