Semalam, seekor rusa Sambar betina dilihat berenang di tengah-tengah Khanom Bay di Nakhon Si Thammarat, Thailand. Seorang nelayan yang ditemu bual oleh Siam Ruamjai Foundation memberitahu bahawa rusa itu berenang sejauh lima ke enam kilometer dari pantai.
Ekoran itu, pasukan penyelamat menaiki jet ski untuk mengawal haiwan tersebut dan berjaya mengalihkannya ke darat.
Gambar: Asia OneSittiphong Chumchan, salah seorang penyelamat telah merekodkan kejadian tersebut dan menggesa pihak berkuasa untuk memberi perhatian terhadap kesan pembinaan jalan raya sehingga menganggu ekosistem haiwan berkenaan.
Dalam tempoh tiga atau empat bulan yang lalu, Sittiphong berkata bahawa terdapat beberapa rusa liar yang terancam dan terbunuh akibat terjatuh dari tebing gunung dan dilanggar oleh kenderaan di Jalan Phlai Chamroen. Sejak pembinaan laluan itu, lebih banyak rusa dilihat berada di luar hutan.
Sumber: Asia One