Zaman sekarang ni, kemudahan teknologi bukan sahaja jadi perhatian orang dewasa, malah kanak-kanak pun sudah mula mahir menggunakan ‘smartphone’, rakam dan edit video dijadikan ‘content’ di laman sosial mereka. Walaupun ada yang gunakannya ke arah negatif, tapi tidak dinafikan ramai ‘content creator’ dalam kalangan kanak-kanak sudah mula membuat pendapatan khususnya di laman Youtube.
Kemahiran merakam dan menyunting video ini juga sangat berguna untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Samalah kisah seorang budak bernama Haikal yang diberi tugasan tentang apa itu erti kemerdekaan. Macam-macam ‘content’ yang Haikal berjaya rakam. Sampai dapat ‘meracun’ pakcik-pakcik di tepi jalan menjadi ‘bahan’ dalam videonya. Apa yang menjadi lebih menarik, pakcik-pakcik itu membuat video ‘transition’ durian dengan sekali rakam sahaja.

Rupa-rupanya, video tersebut adalah sedutan iklan Merdeka dari Celcom menjelang Hari Kemerdekaan yang bakal tiba 31 Ogos 2022 ini yang mengetengahkan tentang cara hidup aman, damai dan harmoni rakyat Malaysia.
Video tersebut mengisahkan Haikal seorang murid yang menerima tugasan dari gurunya untuk mencipta sebuah sajak mengenai erti kemerdekaan yang sebenar. Haikal pun hidupkan skuternya untuk mencari jawapan apa itu erti kemerdekaan. Haikal bertemu dengan pelbagai ragam rakyat Malaysia dengan pelbagai jenis budaya, perangai, makanan dan lain-lain lagi.

Kesemuanya itu memberi gambaran kepada Haikal tentang erti kemerdekaan apabila mereka bebas berbual, bergurau, makan, minum dan hidup dalam pelbagai budaya, bangsa dan bahasa. Dalam video ini juga memaparkan kumpulan warga emas sedang menikmati buah durian yang sering menjadi penyatu kawan-kawan dan keluarga apabila tiba musimnya. Tak ketinggalan, pelbagai jenis makanan dari pelbagai bangsa boleh didapati di satu tempat sahaja. Seperti Mi Kolok dari Sarawak, makanan bangsa Cina dan India.

Jelaslah disini, Celcom cuba memaparkan kepada kita, erti kemerdekaan yang sebenar bukan sahaja bebas dari penjajah. Hidup aman dan harmoni, dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya tanpa menyentuh mana-mana sensitiviti agama dan bangsa lain juga adalah erti kemerdekaan yang sangat bermakna untuk kita di Malaysia. Tahun ini sudah 65 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Menjadi tugas kita mengekalkan keamanan dan keharmonian ini selepas nenek moyang kita berkorban tenaga dan nyawa menentang penjajah. Selamat Hari Merdeka yang ke-65. Merdeka! Merdeka! Merdeka!