Seorang guru renang berusia 21 tahun dilaporkan tidak pernah berdayung seumur hidup sebelum Januari tahun ini. Beliau memulakan perjalanan menjadi wanita termuda mendayung secara solo sejauh 4500 kilometer merentasi Lautan Atlantik sementara yang lain melakukan secara berpasangan dan berpasukan.
Jasmine Harrison dikatakan mengambil bahagian dalam Talisker Atlantic Challenge di mana perlumbaan yang mencabar di mana dirinya akan berdayung menyeberangi lautan kedua terbesar di dunia.
Sehubungan itu, guru renang tersebut mengharapkan dirinya dapat menamatkan perlumbaan tersebut dalam masa sekitar 70 hari dan minum sekitar 10 liter air setiap hari serta membakar lebih 5000 kalori. Wanita itu bertolak dari La Gomera pada pukul 10.30 pagi dan mendayung di lautan luas selama beberapa bulan sehingga ke garisan penamat di Nelsons Dockyard, Antigua.
Gambar via Daily MailWalau begitu, Katie Spotz merupakan wanita termuda, warga Amerika Syarikat yang berdayung solo pada tahun 2010 ketika usia 22 tahun dan mengambil masa 260 hari.
Bukan itu sahaja, Jasmine berharap ia dapat memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana untuk mencapai impian masing-masing.
“Saya tidak pernah berdayung dalam hidup saya. Malah, saya melakukan aktiviti lain seperti berenang, pentathlon dan sukan standard lain tetapi bukan berdayung,” katanya.
Selain itu, ia agak mencabar apabila memaksa diri untuk berdayung menggunakan sebuah perahu yang panjangnya sekitar 6.4 meter.
Sumber: Daily Mail