Menggalas tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Pengorbananan mereka kadang-kala tidak terbatas demi mendidik anak bangsa.
Seperti perkongsian yang tular di media sosial mengenai seorang guru yang gigih berkorban masa dan tenaga, meredah hujan dari rumah ke rumah anak muridnya untuk menghantar bahan pembelajaran.
Menerusi perkongsian oleh Wan Ridhuan Muhammad di Facebook, isterinya itu sanggup berbuat demikian dengan harapan agar anak didik tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Hargailah guru, jasa dan pengorbanan mereka dalam mencurah ilmu tanpa jemu tidak akan pernah terbalas.
Al kisah. Gusar hati seorang guru. Hari-hari duk fikir budak-budak ni belajar tak kat rumah?
Bimbang anak-anak murid SPM tak belajar masa PKPB. Bimbang buka sekolah nanti anak-anak murid lupa apa yang dah diajar.
Dapat jalan penyelesaian.. Riso bahan-bahan. Diajaknya kita mintak tolong hantar bahan-bahan ke rumah murid-murid.
Rumah yang jauh ke dalam, mintak tolong anak murid keluar ke tempat yang mudah hulur soalan.




Hujan pun hujan la katanya, asalkan niat hati tercapai. Ambe sebagai suami…pulas je stereng kereta, ikut je lah.
Sepanjang jalan hujan tak berhenti
Sepanjang jalan hujan tak berhenti. Lebat sungguh. 7 perhentian perlu dilalui.. 38 murid untuk diserahkan modul.
Setiap kali jumpa anak murid, keluar pesanan dari mulut si guru..”jangan lupa buat dan siapkan..nanti cikgu kutip semula”.


Pukul 2.30 petang keluar rumah, pukul 6.15 sampai rumah. Sampai sekarang, si cikgu tu senyum sengeh sebab hajatnya tertunai.
Ni je gambar candid yang sempat di snap.. yang lain tak boleh ambik sebab hujan lebat..air hujan masuk dalam kereta.

Semoga usaha si cikgu membuahkan hasil nanti.
Sumber: Wan Ridhuan Muhammad