Seorang guru wanita di Ohio melalui detik yang mencemaskan di mana dirinya telah dirompak oleh penjenayah yang dilaporkan baru sahaja 36 hari dikeluarkan dari penjara. Rompakan itu dipercayai berlaku ketika dirinya sedang mengendalikan kelas dalam talian bersama pelajarnya di aplikasi Zoom.
Menerusi laporan, kejadian tersebut berlaku ketika kedengaran bunyi gelas pecah sebelum mangsa melihat seorang lelaki yang berjalan melalui pintu sambil memegang sebilah pisau di tangannya.
“Dia mula mengancam, berteriak dan memanggil nama saya sebelum lelaki itu mengheret saya ke bilik tidur saya,” katanya.
Ketika kelas atas talian berlangsung di aplikasi Zoom, lelaki itu bertindak merompak barangan milik mangsa termasuklah jam tangan dan cincin perkahwinan.
Mangsa berkata, lelaki tersebut membawanya ke tingkat bawah sebelum mengambil tindakan untuk melepaskan dua anjing peliharaannya. Apabila anjing peliharaanya bertindak ingin menyerang lelaki itu, dirinya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gunting dan bertindak mengejar lelaki itu hingga ke pintu depan.
“Saya mengejarnya dengan gunting sambil menjerit meminta tolong,” katanya.
Walau bagaimanapun, kejadian tersebut telah diselamatkan oleh seorang kontraktor yang bekerja berdekatan dengan rumahnya. Suspek tersebut berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: New York Post