Aktiviti gunung berapi Semeru meningkat hari ini sehingga mengeluarkan awan panas sejauh 2000 meter ke arah Besuk Bang, Indonesia.
Media tempatan melaporkan gunung setinggi 3.676 meter dari permukaan laut itu turut mengeluarkan lava yang tidak konsisten daripada 1 hingga 16 April 2020.
Dalam pada itu, erupsi menghasilkan kolom berwarna kelabu setinggi 400-600 meter di atas puncak.
Puncak Mahameru itu pagi tadi mengeluarkan awan panas dengan amplitud maksimum 7 mm.
Aktiviti gempa di gunung tersebut juga dilihat masih tinggi dan didominasi oleh jenis gempa letusan, gempa guguran dan gempa hembusan.
Menurut laporan, status gunung Semeru berada pada tahap 2 dan penduduk tempatan diminta tetap tenang serta melakukan aktiviti seperti biasa.
Sumber: Kompas