Kredit: BERNAMA

Gunakan Wajah Pegawai Polis Ketika ‘Video Call’ Untuk Perdaya Mangsa, Ini Taktik Terbaru Macau Scam

Akhmar Ikmal

KUALA LUMPUR – Pihak polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tindak-tanduk sindiket Macau Scam yang kini menggunakan taktik baharu untuk memperdayakan mangsanya. Sindiket Macau Scam tersebut dikatakan menggunakan taktik baharu apabila menggunakan wajah Pegawai Polis ketika membuat panggilan video dengan mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya telah menerima satu laporan polis oleh seorang wanita yang juga suri rumah berusia 40 tahun, semalam.

Suspek juga turut menggunakan aplikasi yang boleh menggerakkan mulut gambar polis tersebut agar mangsa lebih percaya dengan tipu helah tersebut.

Mengulas lanjut, kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu.

Tambahnya lagi, PDRm sangat memberi tumpuan terhadap kes yang melibatkan panggilan palsu terutamanaya scam yang bertujuan untuk membuat jenayah.

Sumber: Kosmo! ONLINE