
Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.
Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.
Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.
Sepanjang tempoh hadi, seseorang wanita itu akan mengalami sengugut dimana individu akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki.
Terbaru, dua orang wanita telah dikejarkan ke hospital setelah bertindak ‘menyedut’ darah haidnya bagi tujuan menghentikan rasa sakit senggugut dan mempercepatkan tempoh haid.
Menurut seorang jururawat, tindakan tersebut hanya akan menjadikan keadaan lebih teruk.
Kaedah ini sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 70-an sebagai cara untuk proses pengguguran. Namun, sudah jelas bahawa langkah ini terdedah kepada bahaya yang boleh menjejaskan tubuh badan manusia.
Sumber: Elite Readers