Bagi para wanita terutamanya suri rumah, antara persoalan yang sering bermain di dalam minda adalah hidangan apakah yang hendak dimasak untuk dijadikan santapan seisi keluarga. Kadang-kadang tu sehingga dah habis idea nak sajikan menu baharu kepada si suami dan juga anak-anak.
Seperti kebiasaan, nasi putih memang menjadi makanan asas majoriti masyarakat di Malaysia. Pun begitu, apa salahnya jika suri rumah mencuba untuk menghidangkan nasi beriani kepada keluarga dan pasti boleh menambat selera mereka. Kalau tak tahu cara nak buat, janganlah risau sebab seorang pengguna Facebook dengan nama Puan Siti Zalikha ada berkongsikan resipi mudah untuk diikuti.
Apa yang menariknya, resipi tersebut telah mendapat perkongsian sehingga lebih 3,200 perkongsian di Facebook. Dalam resipi ini, ‘kunci rahsia’ bagi bahan nasi beriani adalah rempah kari seperti yang digunakan oleh Puan Siti Zalikha.
She nak kongsikan resepi nasi briyani dengan menggunakan rempah kari adabi..She/He boleh la cuba..
Bahannya
beras 3 cawan
4 sekawan
* 1 biji bawang besar
*2 biji bawang kecil
* 3 biji bawang putih
Tumbuk bawang yang bertanda *
1 paket rempah kari adabi yg kecil..bancurkan dengan air menjadi pes

2 helai daun pandan
sup bunjut 1
sedikit garam
Caranya
panaskan kuali dengan sedikit minyak.
tumiskan bawang yg dah ditumbuk tadi
masukkan 4 sekawan tumiskan sekejap
masukkan rempah kari adabi yang da dibancuh dengan air
masukkan beras gaul sebati… tutup api


kemudian masukkan didalam periuk nasi masukkan air ikut sukatan anda
masukkan garam ,daun pandan dan 1 sup bunjut..
masakkan nasi seperti biasa …dan siap…
last sekali taburkan dengan daun ketumbar..

Ayam masak merah sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi briyani…timun sebagai ulam.

Sumber: Puan Siti Zalikha