Bila beli barang, biasa lah kan kalau ada tanda harga atau label-label pelekat tambahan pula kalau barang baru. Tapi yang jadi masalahnya bila nak cabut pelekat-pelekat tu.
Nak-nak pulak bila dah kopek-kopek tertanggal sebahagian je, lepas tu sebahagian lagi melekat pada barang. Mesti rasa annoying kan nak hilangkan kesan gam sticker yang tersisa. Bila tonyoh-tonyoh jadi makin comot pulak kesan sticker tu.
Mungkin korang pernah dengar petua hilangkan gam pelekat guna minyak masak. Cara ni memang berkesan tapi minyak masak agak susah nak bersihkan, dengan bau yang agak tengik.
Oleh itu, pengguna TikTok @thesilentreviewer ni tunjuk cara hilangkan kesan gam sticker guna minyak angin je. Video ini mendapat 173.7 ribu tontonan dan 13.1 ribu sukaan setakat ini.
Sumber: TikTok @thesilentreviewer