Gambar: Rain Fizrain

Guna Kaya & Butter Ja, Resipi Boleh Cuba, Roti Bakar Ala Kopitiam Ini Raih 4.2k Perkongsian

syafiq halim

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bagi yang pernah berkunjung ke kopitiam, pasti akan terfikirkan mengenai roti bakar yang turut ditawarkan di mana-mana cawangan. Roti bakar yang dimakan bersama secawan kopi sudah pasti membangkitkan selera pengunjung kopitiam.

Pun begitu, sekarang anda tidak perlu khuatir tidak dapat berkunjung ke kopitiam kerana seorang ahli group Masak Apa Hari Ni..(MAHN) ada berkongsikan resipi yang kini telah mendapat sehingga 4.5k perkongsian.

Seperti yang dikongsikan oleh Rain Fizrain, dia hanya menggunakan roti Gardenia, kaya dan juga butter yang dimasak menggunakan Pemanggang Ajaib. Jom ikuti resipi yang beliau kongsikan.

Roti gardenia

Buang tepi² tuu

Tabur kaya dua2 belah . Sy pakai brand yeos . Sebab sedapp n x berketul

Guna butter . Pastikan butter keras tauu yg disimpan dlm peti

Lepastu belah dua macam nii

Bakar guna pemanggang ajaib atau nonstick pan . Kalo ada oven guna oven . Suhu 180 kot

Dah siappp . Nak garing mana pun ikot suka hati lah . Masa makan tu butter meleleh² fuhhhhh mantapppppp

Sumber:

Rain Fizrain