Ramai antara kita yang mempunyai sepasang fon telinga untuk mendengar lagu ataupun menonton video.
Namun tahukah anda, penggunaan fon telinga dalam jangka masa yang lama dan berterusan boleh menjejaskan deria pendengaran.
Kongsi Kementerian Kesihatan (KKM), kesan buruk penggunaan fon telinga secara berlebihan boleh berlaku dalam masa yang perlahan dan tidak menyakitkan, namun kesannya adalah kekal dan tidak boleh diubati lagi.
Menurut Columbia India Hospital, bukan sahaja bunyi yang kuat boleh merosakkan telinga, tetapi penggunaan fon telinga dalam tempoh lama juga boleh menjejaskan pendengaran.
“Fon telinga menghasilkan gelombang bunyi, membuatkan gegendang telinga bergetar. Getaran ini tersebar ke dalaman telinga melalui tulang-tulang kecil dan sampai ke koklea (satu ruangan dalaman telinga yang mengandungi cecair dan ribuan rambut halus).
“Apabila getaran sampai ke koklea, cairan bergetar, membuatkan rerambut turut bergerak. Semakin kuat bunyi, semakin kuat getaran dan membuatkan lebih banyak rerambut bergerak,” tulis laman berkenaan.
Pendengaran menggunakan fon telinga pada bunyi yang kuat atau secara berpanjangan boleh memberikan pelbagai kesan negatif antaranya;
Tinnitus : bunyi berdesing dalam telinga atau kepala
Kehilangan pendengaran
Pening kepala
Jangkitan telinga
Tahi telinga berlebihan yang boleh menyumbang kepada tinnitus dan sakit telinga
1. Minimumkan penggunaan fon telinga
2. Elak penggunaan ‘ear bud’
3. Tetapkan tahap audio tidak lebih dari setengah
4. Tetapkan setiap penggunaan tidak lebih 90 minit
5. Beri masa untuk telinga baik pulih, iaitu selama 16 jam untuk memperbaiki kerosakan akibat bunyi kuat sepanjang malam.
