Sekali Imbas Macam Ketupat Palas Pula, Ini Cara Simpan Plastik Biar Kemas
Setiap kali pulang dari mana-mana kedai atau pasar raya tentunya kita akan membawa pulang beg plastik yang disediakan. Lagi banyak barang, lagi banyak beg plastik yang kita bawa pulang ke rumah betul tak?
Secara tidak langsung di rumah berlaku lambakan beg plastik. Plastik ini juga tidak boleh dibuang sembarangan dengan sekiranya bukan beg plastik biodegrasi kerana boleh memudaratkan alam sekitar.
Oleh itu, sesetengah orang gemar menyimpan beg plastik ini untuk kegunaan lain antara untuk meletakkan sesuatu barangan jika diperlukan dan banyak lagi.
Namun, cara penyimpanan beg plastik ini juga memainkan peranan penting. Jika ia tidak disimpan dengan betul, beg plastik ini boleh memakan ruang rumah anda malah suasana rumah kelihatan tidak teratur.
Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan tip cara menyimpan beg plastik dengan kemas di rumah anda.
Tentu masih ramai yang belum mengetahui satu ‘trick’ untuk menyimpan beg-beg plastik di rumah. Jadi, jom ikuti perkongsian Abylla Amjah via Viral Muafakat Johor.
Cara Simpan Plastik Biar Kemas
Gambar: Abylla AmjahCara-cara dekat gambar ye. Macam mana nak tau plastik besar kecik? Pada size segi tiga yang dah siap lipat nanti. Kalau kecik, kecik la dia. Kalau besar, besar la dia.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Cara-Cara
Gambar: Abylla AmjahLangkah pertama, lipat plastik kepada dua bahagian.
Gambar: Abylla AmjahLangkah kedua, lipat kali kedua plastik tadi menjadi bahagian yang lebih kecil.
Gambar: Abylla AmjahLangkah ketiga, lipatkan ia menjadi segi tiga dengan menarik dari bawah.
Gambar: Abylla AmjahLangkah keempat, ambil lebihan plastik dan selitkan bahagian hujung plastik pada celahan lipatan dan siap.
Gambar: Abylla Amjah
Gambar: Abylla AmjahSeterusnya, ambil plastik dan masukkan ke dalam bakul serta simpan dalam laci meja. Mudah je kan?
Sumber: Abylla Amjah via Viral Muafakat Johor