
GSF: Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan setiap ahli keluarga aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) terus dimaklumkan mengenai segala maklumat serta perkembangan proses pembebasan mereka.

Sebelumnya, kerajaan Malaysia menegaskan komitmen penuh untuk melakukan yang terbaik bagi membebaskan warganegara Malaysia yang ditahan selepas konvoi Global Sumud Flotilla dipercayai dipintas Israel.
Anwar Ibrahim menyatakan pendirian tegas itu sebaik menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi berkenaan.
“Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera. Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza.
“Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan. Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat.
“Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli,” tegas beliau.
Untuk info, setakat pagi tadi, senarai rakyat Malaysia yang ditahan Israel adalah:
1.Heliza Helmi
2.Nur Hazwani Afiqah Helmi
1. Norfarahin Romli (Farah Lee)
2. Danish Nazram Murad
1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana)
1. Haikal Abdullah
2. Muaz Zainal
3. Zulfadhli Khairudin
4. Rusydi Ramli
1. Iylia Balqis
2. Musa Nuwayri
3. Sul Aidil
Sementara itu, lima lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).
1. PU Rahmat
2. Norhelmi
3. Mohd Asmawi
4. Norazman
1. Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana
BACA: GSF: Semua Peserta Ditahan, Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat – KP SNCC
Sumber: Anwar Ibrahim