
Grab Malaysia telah memperkenalkan ciri baharu dalam pengalaman Grab Dine Out menerusi pelancaran Book Table, yang membolehkan pengguna mencari, membuat tinjauan dan menempah meja serta-merta di restoran yang mengambil bahagian, secara langsung melalui aplikasi Grab.
Pelancaran Book Table mewakili langkah seterus Grab dalam menjadikan pengalaman makan di luar semudah dan selancar membuat pesanan makanan ke rumah. Melalui Grab Dine Out, pengguna boleh mencari dan menikmati tawaran penjimatan eksklusif di ribuan restoran.
Dengan pengenalan Book Table, Grab kini menawarkan pengalaman makan di luar yang lengkap, daripada mengenal pasti restoran ke tempahan meja sehingga ke penjimatan, kesemuanya dalam satu platform.

Tan Jiong Jian, Pengarah Komersial dan Penghantaran, Grab Malaysia berkata, “Di Grab, kami sentiasa mencari cara untuk mempertingkatkan kemudahan dan memperkasa pengguna dalam kehidupan seharian mereka.”
“Dengan Book Table, pengalaman makan di luar menjadi semudah membuat pesanan makanan ke rumah. Kini, pengguna boleh mencari restoran, melihat menu dan membaca ulasan, serta menempah meja serta-merta dalam satu aplikasi sambil mengumpul GrabCoins.”
“Ini adalah perkembangan semula jadi dalam misi Grab untuk menjadikan setiap detik, daripada masa makan hingga perjalanan, lebih mudah dan bernilai.”
Selain memudahkan pelanggan, Book Table juga bertujuan membantu rakan peniaga di platform Grab mengoptimumkan operasi mereka dengan menguruskan tempahan dengan lebih berkesan.
Di samping itu, ia menyediakan peluang tambahan untuk mengembangkan perniagaan luar talian dengan memanfaatkan kumpulan pengguna Grab yang luas, yang lazimnya mencari pilihan tempat makan.
Ciri baharu ini kini tersedia untuk rakan peniaga yang mengambil bahagian di Lembah Klang, dengan rancangan pengembangan ke bandar-bandar lain dalam beberapa bulan akan datang.
Bagi meraikan pelancaran ini, pelanggan akan menerima 150 GrabCoins bagi setiap tempahan meja yang berjaya dibuat melalui Grab Dine Out.
Langkah-langkah Book Table:
1. Pada halaman utama Grab, tekan “Dine Out”.
2. Lihat restoran yang ada di bahagian “Book Table”.
3. Tekan restoran pilihan dan tekan “Book now”.
4. Masukkan butiran dan semak semula tempahan anda.
5. Siap! Anda berjaya menempah meja melalui Grab Dine Out Book Table.
6. Anda akan menerima 150 GrabCoins dalam masa 72 jam selepas kunjungan anda.





