Google Maps jalan kaki KL
Gambar: TikTok @wbbb_ttt
Tiada Kategori

Google Maps ‘Jalan Kaki’ Di KL Gamit Perhatian Ramai

Iqbal Yasir

Google Maps ‘Jalan Kaki’ Di KL Gamit Perhatian Ramai

Tidak dapat dinafikan, dunia kini dibanjiri pelbagai aplikasi yang memberi manfaat kepada pengguna, salah satunya ialah Google Maps

Bukan sekadar berfungsi sebagai peta lokasi, aplikasi ini juga mampu mengenal pasti laluan yang sesuai untuk pengguna menuju ke destinasi.

Jadi, tidak hairan, mengapa ia lazimnya digunakan oleh pengguna untuk membantu mencari laluan ke lokasi yang dituju, khususnya di kawasan yang tidak biasa dilalui.

Google Maps ‘Jalan Kaki’ Di KL

Baru-baru ini tular memaparkan seorang lelaki menggalas sebuah beg peralatan menyerupai kamera gergasi mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @wbbb_ttt menunjukkan lelaki berkenaan dilihat berjalan di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Apatah lagi tertera tulisan “Google Maps” pada permukaan beg berkenaan.

Susulan itu, ramai yang memberikan pandangan khususnya lelaki tersebut dipercayai penjejak’ Google Maps.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja melihat bagaimana pekerjaan itu dilakukan.

Malah ada juga yang berseloroh mengenai pendapatan yang diraih.

Berikut antara komen netizen;

“Berapa la agaknya gaji dia. Penat, tapi kerja dengan Google. Hmm saya curious,” komen seorang pengguna.

“Kerja awak apa? Him : Jalan jalan jer,” seloroh seorang pengguna.

“Baru tau ada yang jalan kaki punya…biasa nampak yang kenderaan je,” komen seorang lagi.

“Mana nak apply? sambil berjalan kurus badan boleh masuk gaji,” tulis seorang lagi.

Sumber: TikTok @wbbb_ttt

BACA: KA Kongsi Momen VC Lima Pemenang “Battle of Rendang Nyet Berapi”

BACA:

Pertarungan UFC Akan Dianjurkan Buat Julung Kali Di Rumah Putih Pada 4 Julai Tahun Depan

BACA: Padah Cuba “Selfie” Dengan Gajah, Lelaki Cedera Parah Dipijak