Google dilaporkan telah mengancam untuk membuang enjin cariannya (Google Search) di Australia dengan sebab negara itu merancang untuk menjadikan syarikat teknologi itu berkongsi royalti dengan penerbit berita, lapor BBC.
Australia memperkenalkan undang-undang penting untuk menjadikan Google, Facebook dan syarikat teknologi yang berpotensi lain untuk membayar pihak media bagi kandungan berita mereka.
Namun, Google bertegas membantah undang-undang tersebut dengan alasan undang-undang itu membebankan dan akan merosakkan akses tempatan ke perkhidmatan.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, mengatakan bahawa penggubal undang-undang tidak akan menyerah pada ‘ancaman’ itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Google Australia, Mel Silva, pula memberitahu sidang Senat pada Jumaat bahawa undang-undang itu ‘tidak akan berjalan lancar’.
“Sekiranya undang-undang itu terlaksana, kami tiada pilihan lain selain berhenti menyediakan perkhidmatan Google Search di Australia,” katanya.
Google Search menjadi enjin carian yang dominan di Australia dan telah digambarkan oleh kerajaan sebagai utiliti yang hampir penting dengan persaingan pasaran kecil.
Kerajaan negara itu berpendapat bahawa disebabkan platform teknologi memperoleh pelanggan dari orang yang ingin membaca berita, syarikat itu perlu membayar media dengan jumlah yang ‘adil’ bagi kewartawanan mereka.
Media cetak Australia menyaksikan penurunan pendapatan iklan sebanyak 75% sejak tahun 2005.
Sumber: BBC