
Fenomen banjir kali ini cukup mendatangkan kesan mendalam terhadap rakyat Malaysia. Tak sedikit yang kehilangan harta benda, malah terpaksa melelapkan mata tanpa beralas.
Oleh itu, syarikat tilam Goodnite Malaysia melalui laman Facebook rasmi memaklumkan bahawa, pihak mereka akan mendermakan tilam dan bantal kepada isi rumah di Lembah Klang yang terjejas akibat banjir. Sebanyak 500 unit tilam bersaiz 5′ Queen bersama 1,000 unit bantal tersedia untuk golongan terkesan.
Menurut kenyataan Goodnite Malaysia, pihak mereka akan menghubungi individu-individu terkesan ini dalam masa 48 jam. Bagi mangsa banjir yang memerlukan bantuan tilam dan bantal di kawasan Lembah Klang, sila hubungi talian WhatsApp Goodnite Malaysia di pautan ini dan sertakan butiran berikut:
Nama
Nombor kad pengenalan
Nombor telefon
Alamat penghantaran
Gambar depan dan dalam rumah yang dibanjiri air
Bantuan ini hanya terhad kepada isi rumah terjejas banjir di Lembah Klang sahaja. Pihak Goodnite Malaysia akan membuat penyemakan terlebih dahulu dan mengutamakan keluarga yang lebih memerlukan.
Sumber: Goodnite Malaysia