Cuaca sekarang sangat panas, kita mesti inginkan makanan yang boleh memberi kesegaran semula kan? Dalam PKP, kita perlukan ia untuk ‘mengubati’ diri sendiri dalam momen ini.
Apabila memilih, kita semestinya memilih yang terbaik iaitu koleksi perisa baharu Magnum, Cookies and Cream. Ia adalah yang terbaik kerana mengandungi coklat Belgian yang premium untuk pengalaman mewah.
Untuk motivasikan diri anda jalani kehidupan harian di rumah, hargailah dengan makanan yang sweet. Makanan apa yang boleh tandingi selain aiskrim?
Ya, sebut je aiskrim, mesti menjadi pilihan kerana tekstur dan rasa yang menjadi tarikan ramai. Tidak dinafikan pelbagai jenama aiskrim Magnum adalah terbaik kerana mengandungi ramuan yang terbaik untuk pelanggannya.
Cookies and Cream adalah hadiah terbaik untuk merawat luka sepanjang PKP ini kerana ia diperbuat daripada coklat Belgian dan merupakan pilihan terbaik ramai orang setiap saat.
“Tengok gambar pun dah terliur, belum lagi mencuba makan.”

Ye, aiskrim Magnum sangat memuaskan kerana penggemar akan menikmati kombinasi coklat putih Belgian disaluti dengan biskut coklat rangup penuh berkrim. Memang layan habis.

Kat mana nak dapatkan aisrim Magnum ni…
Mudah je, korang boleh dapatkan di mana-mana pasaraya. Memandangkan sekarang sangat terhad pergerakan kita, jadi order je melalui ‘Grabfood’ dan ‘Foodpanda’.
Jangan lupa ya, ajak kawan, keluarga dan pasangan korang dapatkan aiskrim Magnum perisa baru ini. Jangan risau, korang belum ‘tua’ untuk dapatkan keseronokan menikmati aiskrim ini. Gaya ni barulah ‘sweet’.
“Bergembiralah dengan Magnum perisa baru Cookies & Cream…”

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook Magnum Malaysia dan laman web Magnum.