Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya terjejas akibat masalah teknikal pagi ini.
Menerusi Twitter rasmi Ask Rapid KL memaklumkan sebuah tren dari stesen Taman Jaya ke Putra Height mengalami masalah teknikal.
Difahamkan gangguan tersebut bermula sekitar jam 8.30 pagi tadi dan kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.
Bagaimanapun, Rapid KL memaklumkan bahawa pihak sedang berusaha mengeluarkan tren tersebut dari servis. Pihaknya juga memohon maaf kepada pengguna atas kesulitan yang berlaku.
Pihak Rapid KL juga memaklum bahawa gerabak-gerabak yang lain akan bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform-platform. Justeri pihaknya menyarankan para pengguna mendapatkan pengangkutan alternatif yang lain buat masa ini.
Beberapa pengguna telah memuat naik foto-foto menunjukkan kesesakan orang ramai yang terkandas di Stesen Taman Jaya/Asia Jaya kira-kira jam 8 pagi tadi.
Sumber: Rapid KL
Baca juga: Kecoh Geng Baju Hitam ‘Serang’ Kafe & Menghilang Tiba-tiba, Misteri Terungkai Dalam Siri Viu “Seribu Nina”