Tindakan pantas sekumpulan geng ‘bikers’ berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung di dalam kenderaan yang terbakar, semalam.
Menerusi perkongsian Wan Mohd Aref di Facebook, dia bersama rakan-rakannya yang membonceng motosikal membantu mangsa yang terperangkap di dalam kereta dengan menariknya keluar.
Dalam keadaan api yang sedang marak dan menyambar keseluruhan kereta, keberanian geng bikers ini harus dipuji kerana sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamtakan orang lain.
Allah hadirkan seseorang dengan perancangan Allah tepat pada masa dan tempat.
Bukan saya dan team yang selamatkan dia, tapi Allah gerakkan hati kami untuk bantu. Api marak cepat sangat. Saya pon takut nak tarik dia keluar. Tapi keberanian tu Allah yang beri.



Keluarga dan rakan-rakan terdekat mangsa turut tampil memberikan ucapan terima kasih kepada semua geng bikers yang tampil membantu mangsa di tempat kejadian.
Menurut maklumat, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Hospital Seremban bagi rawatan lanjut.



Rata-rata warganet turut membanjiri ruangan komen dengan memuji usaha geng bikers atau mat motor yang sering dipandang rendah oleh masyarakat.
Jangan pandang rendah terhadap mat motor

Terima kasih geng bikers yang membantu

Setiap kali accident, budak-budak motorlah yang sampai dulu


Sumber: Wan Mohd Aref