Anwar Titip Doa tun mahathir
Gambar: Anwar Ibrahim

Genap 100 Tahun, Anwar Titip Doa Buat Tun Mahathir 

Iqbal Yasir

Genap 100 Tahun, Anwar Titip Doa Buat Tun Mahathir

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dikongsikan Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.

Menerusi kenyataan itu, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan harapan agar bekas Perdana Menteri Ke-4 dan Ke-7 itu dikurniakan kekuatan tubuh dan ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan.

“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

“Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.

“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.

“Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah,” kongsi Anwar.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

BACA: Tun Mahathir: Biodata, Pendidikan, Politik, Sumbangan