Gempar, Pemilik Rumah ‘Ketakukan’ Temui Ular Besar Tiba-Tiba Muncul Dalam Lubang Tandas
Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu video yang memaparkan kehadiran seekor ular sawa besar dalam sebuah tandas.
Memetik laporan Suara.com, haiwan pemangsa itu ditemukan oleh seorang pemilik rumah dan sempat dirakam olehnya.
Menerusi video itu, kelihatan ular tersebut sedang merayap masuk ke dalam lubang tandas.
Panik melihat reptilia itu, pemilik rumah tersebut dipercayai meminta bantuan jiran-jirannya untuk memeriksa keadaan di dalam tandasnya.
Pemilik rumah itu cuba mengeluarkan ular terbabit kerana ketakutan dan hanya membiarkan ular tersebut beransur pergi melalui lubang tandas.
Tidak lama kemudian, ular tersebut terus menghilang sepenuhnya di dalam lubang tandas tanpa sempat dikeluarkan oleh mereka.
Pun begitu, tidak diketahui bagaimana ular terbabit boleh masuk ke dalam tandas itu, tetapi ia seakan tidak mempunyai jalan keluar dan cuba melarikan diri ke dalam lubang tandas.
Sehingga kini, video tersebut mendapat pelbagai komen dari netizen dan rata-rata dari mereka berkata takut melihat ular sawa itu.
“Dan akhirnya tandas diisytiharkan ditutup untuk selamanya,” kata seorang netizen.
“Sumpah seram, cuba tarik, jangan biarkan masuk lagi, auto tak guna tandas itu,” kata seorang lagi netizen.
Sumber: Suara.com
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%