Gempa Bumi
Kredit MET Malaysia

Gempa Bumi Sederhana Melanda Selatan Sumba, Indonesia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Gempa bumi sederhana melanda selatan Sumba, Indonesia

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Selatan Sumba, Indonesia pada 8.18 pagi ini

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 355 kilometer (km) selatan dari Bima, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 11 km.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA