gempa bumi taiwan
Google Maps Via Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi Sederhana Landa Taiwan

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Pada pukul 5:39 petang (18 September 2022), terdapat satu kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di Taiwan dengan bacaan 5.4 magnitud.

Menurut Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia), pusat gempa bumi tersebut tersebut terletak di latitud 23.3° Utara dan longitud 121.2° Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Difahamkan bahawa lokasi pusat gegaran itu terletak pada 63 km Timur dari Chiayi, Taiwan. Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang akan melanda terhadap perairan Malaysia.

Beberapa Gegaran Telah Berlaku Dalam Masa Yang Terdekat

Hari ini juga, turut berlaku rentetan peristiwa gegaran yang berlaku di Taiwan beberapa kali, sejak semalam.

Keratan artikel terdahulu

BACA JUGA: ‘Bergegar’ Sejak Semalam, Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan Sebentar Tadi

Menurut laporan siang tadi, terdapat tiga gegaran yang dicatatkan di lokasi sama iaitu dengan ukuran 5.4 magnitud pada jam 1.19 petang dan gegaran sekuat 6.6 magnitud pada pukul 2.44 petang, hari ini.

Selain itu, satu lagi gegaran berlaku semalam iaitu, pada 10.45 malam dengan kekuatan gegaran berukuran 5.1 magnitud.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, semua gegaran tersebut tidak memberikan ancaman tsunami, lapor Jabatan Meterologi Malaysia.

Sumber: Jabatan Meterologi Malaysia via Twitter