Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Sumatera, Indonesia Sebentar Tadi
JAKARTA — Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dilaporkan melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 10:48 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia), gempa tersebut dikesan berlaku di 224 kil0meter (km) Selatan dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 41 km dan berpusat di 5.8 darjah Selatan dan 102 darjah Timur.
Walau bagaimanapun, MET Malaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi berkenaan.
Pada Disember 2022, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengesahkan satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 di Selatan Sumatera, Indonesia pada 1:50 petang
Difahamkan, gempa bumi tersebut berpusat pada kedudukan 5.7° S dan 104.3° T dengan kedalaman 148 kilometer (km) serta 117 km barat dari bandar Lampung, Indonesia.
Bagaimanapun, menurut MetMalaysia gempa bumi itu tidak memberi ancaman kepada negara.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu.
Sumber: MET Malaysia