KUALA LUMPUR, 28 Dis — Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Laut Maluku, pada pukul 3.31 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 168 kilometer (km) selatan dari Tomohon, Indonesia pada kedalaman 54 km.
Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
—BERNAMA