Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Ritchter ‘Gegar’ Mindoro, Filipina

Aqmal Ezany

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Mindoro, Filipina pada 2.16 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 40 kilometer (km) barat daya dari Batangas City, Filipina pada kedalaman 132 km.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: BERNAMA