papua indonesia
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa Bumi Sederhana ‘Gegar’ Papua, Indonesia Sebentar Tadi

Aqmal Ezany

Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dilaporkan telah berlaku di Papua, Indonesia pada 4.29 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 2.8° Selatan dan 139.0° Timur.

Ia berlaku dengan kedalaman 87km dan 193km Barat dari Jayapura, Indonesia.

Pun begitu, gempa bumi tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’