Gambar Via MetMalaysia

Gempa Bumi Sederhana 5.6 Skala Richter Landa Minahassa, Sulawesi Pagi Tadi

Sofea

Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.6 skala Richter dilaporkan telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi jam 8.49 pagi tadi.

Menerusi maklumat yang dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia di Twitter, pusat gempa bumi itu adalah di 1.3° U & 122.2° T dengan kedalaman 41km.

Ia berada di 135km Barat Laut dari Gorontalo,Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan kepada Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia