
Gempa Bumi Sederhana 5.4 Magnitud ‘Gegar’ Filipina Sebentar Tadi
Satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 4.23 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Maaysia (MetMalaysia), gempa bermagnitud 5.4 itu terletak pada 6.8° Utara dan 125.3° Timur dengan kedalaman 24 km.
Ia juga terletak 10 km Barat dari Bandar Digos, Filipina.
Bagaimanapun, gempa tersebut tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”