Gempa Bumi Lemah Landa Keningau, Sabah Pagi Tadi
Satu gempa bumi lemah berukuran 2.0 magnitud dilapor telah berlaku di Keningau, Sabah, Malaysia pada jam 8:32 pagi, 15 Oktober 2025.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa berlaku di koordinat 5.9° Utara dan 116.5° Timur pada jarak 22km Utara Tambunan dengan gegaran berlaku pada kedalaman 10km.
Difahamkan, gegaran turut dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya.
Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia