Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di utara Sumatera pada pukul 8:10 pagi tadi, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).
Menurut Met Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak di kedudukan 4.7 darjah utara dan 96.2 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Dalam pada itu, pusat gempa bumi itu juga terletak sejauh 69 kilometer utara dari wilayah Meulaboh, Indonesia.
Bagaimanapun menurut Met Malaysia, tiada ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia