gempa bumi barat Indonesia
Sumber: BERNAMA

Gempa Bumi Kuat Landa Semenanjung Kamchatka, Rusia 

Iqbal Yasir

Gempa Bumi Kuat Landa Semenanjung Kamchatka, Rusia

MOSCOW, 18 Ogos (Bernama) – Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda pantai Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Sabtu, lapor Sputnik memetik Akademi Sains Rusia (RAS).

“Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 6 kilometer (km) dengan magnitud 7.0. Pusat gempa terletak 108 kilometer (67 batu) dari bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy,” menurut akademi berkenaan.

RAS berkata satu lagi gempa bumi dengan magnitud 4.7 berlaku 116 km dari Petropavlovsk-Kamchatskiy tidak lama kemudian.

Kementerian Situasi Kecemasan Rusia (EMERCOM) berkata gempa pertama dirasai di seluruh daerah bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy.

Menurut EMERCOM, pasukan penyelamat kini sedang memeriksa bangunan dan tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi itu.

Gabenor Wilayah Kamchatka Vladimir Solodov berkata tiada gegaran susulan besar dijangka berlaku.

BACA JUGA: Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar

BACA JUGA: Wanita Warga Emas Maut Dibelit & Ditelan Ular Sawa

BACA JUGA: Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang

Sumber: BERNAMA